Ok, last week aku travel pegi Indonesia. Dari 22 Ogos sampai la 27 Ogos 2014. Ni 1st time aku travel pegi lua negara naik flight. Ok, cuak sebab Malaysia masih diselubungi tragedi MH370 & MH17. Ye, memang kalau nak mati disebabkan ajal tu kat mana2 pun boleh sebab ketentuan Allah... Tapi perasaan seriau tu tetap ade..
Aku takde pengalaman guna airport KLIA yang lama, so aku tak tau ape perbandingan diorang. Tapi KLIA2 ni nampak tersusun. Cuma nak kena menapak tu lah.. Biase lah, mana2 tempat pun macam tu kot i guess ? Nak cite panjang pasal airport macam budget2 plak ken, padahal baru 1st time travel oversea (Indonesia je pun, bukan seberang laut sana). Hahaha.
Cite die, sampai sana. Airport Pekan Baru takde la macam Malaysia, diorang masih gunakan sistem manual. Beratur-cop kat kaunter-jalan keluar dari airport. Takde ape masalah pun, ikutkan jela peraturan diorang sonce kte ni kat negara orang kan.. Cumaaa.... Tak bekenan betul aku ngan pegawai immigration diorang. Boleh kalau diorang nak tegas dekat check point ni, tapi tau la limits die kan.. Ni tak, satu kejadian yang aku nampak, ade sekumpulan budak2 sekolah naik flight then beratur nak keluar dari check point, nama pun budak2. Biase la kalau begurau senda, main2.. Ada la sorang budak ni terlanggar officer die, boleh die sound budak tu.. "Dilarang bercanda !" ngan muke lorat die. Yang budak tu dah terkulat2. Die sound lagi "mata sih letak dimana" then budak tu berdiri senyap je.. Yelah, ape la patut die cakap kalau dah officer tu cakap macam tu.. Dia pun tau salah die, die tak melawan sepatah pun.. Lepas tu officer tu suruh die pegi beratur dekat yang paling last sekali dalam barisan... Aku macam..... ek elehhhhhhhhhhhhhh. Budget nak tunjuk kuasa depan budak ke ape ni ???
Pasal aku sakit hati die buat kat budak tu macam tu, kebetulan die jalan ke arah sebelah barisan aku.. Aku pun tegur adik ipar aku..
Aku : Shiraaa.. kat sini memang macam ni cara nak keluar airport kan..
Shira : aah kak.. kena beratur, cop then baru keluar dari airport..
Aku : ouhhhh. Bukan macam Malaysia ehh ? Just lalu kat gate, scan passport then jalan keluar tu. Ouhhh.. tak sama macam Malaysia kan sini.
*Sengaja cakap kuat2 bagi die dengar.. Dah lorat sangat kan. Actually bukan aku tanya shira, tapi sengaja buat2 nak borak sambil sound orang. Hahaha, ramai orang boleh la buat camni. Kalau aku sensorang memang tak lah jawab die !
Dari airport nak sampai rumah dalam masa 10 minit je.. Memang dekat sangat.. So paham2 je lah, bunyi pesawat lalu lalang tu umpama bunyi motor mat rempit duk ramp2 (macam ni ke ejaan die, ah lantak lah.. Asal kan ade bunyi yang sama dari ejaan tu) kat KL time malam minggu.. Yang anak2 orang Malaysia ni setiap kali dengar bunyi pesawat tu, berlari2 keluar rumah nak tengok.. Bagus la nak oiii, amek berkat time tengok pesawat tu lalu atas rumah.. Kot2 nanti dah besar dapat jadi macam "Pilot-Zill Faezrul Iqbal; Rindu Awak 200%"
Macam tu la penangan drama die kali ni, terbawa2 sampai ke Indonesia ! Kahkahkahkah ! 😊
Basically hari pertama sampai takde buat ape pun.. Sebab majlisnya hari sabtu ngan ahadnya.. Lagipun masing2 jetlag (jetlag la sangat, padahal perjalanan 45 minit je pun).. Perbezaan masa antara Malaysia dengan Indonesia 1jam.. So bile korang sampai, masa tu ke belakang plak. Ajaib nya kuasa Allah kan.. 😊
Perkahwinan adat minang, meriah dia bukan selambak tapi berlambak2 ! Meh tengok sikit meriah diorang tu.
Nampak tak yang sepanduk tu.. Sepanduk yang wish selamat pengantin baru tu bukan besar 1 manilacard tu tau, tapi 20x manilacard la kalau tak silap. Sangat2 besar dan bersamaan Rupiah 100,000 = RM 30.00.. Murah sangat dah ouhhh !
This blog contains bullshit and some topics to release tension. My blog is what my mind & heart speaks out. All of your comments are most welcome but i don't give a damn, thank you very much.
Saturday, August 30, 2014
Sightseeing - Indonesia; Pekan Baru (Part 1)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment