Tuesday, October 01, 2013

Facebook Status

Status kat fb tak menggambarkan situasi yang sama setiap masa. Eg :doesnt mean your posting regarding angry matter and it shows you in angry mood.It could be yesterday matters or previous. But it also could be on that time. It depends how the readers treat it.

Acehhh. Ter-speakang la plak. Asal boleh, belasah je. Ni kalau teacher aku baca balik apa yang aku tulis, tak dia pengsan or menangis tesedu2 tak pun baca sambil teguling2 sebab terharu sangat ngan gaya penulisan bahasa inggeris aku.. wakakaka.. Maklumlah aku sekolah kerajaan je.. Bukan dak2 CBN (Convent Bukit Nenas), SBU (Sri Bintang Utara) and etc.

Sekarang ni dah macam trend, asal marah update status, asal gaduh update status, sedih, nak maki orang, dan bermacam segala lah. Sekarang aku tak peduli pasal orang, aku nak cerita pasal aku jek. Pasal aku tak minat nak cite2 pasal orang, mungkin kerana cerita aku lebih best daripada diorang semua ??? Hahaha.. Gila feeling sensorang aku nih.

Nak cite pasal status aku kat fb. Ia selalu takde kena mengena ngan orang, tapi kalau ada kena mengena tu, mesti korang dah buat something lah kat aku kan. Pasal aku ni jenis tak suka nak buang masa dan perkataan untuk orang lain selain diri aku. If you being touched by my words then I cant help you. Yelah.. Dah kau terasa ngan aku, sebab tengok status fb aku, pastu kau nak suruh aku mintak maaf ? Dah apa ke benda nya tu ? Senang cite kau anggap je kah status tu untuk orang lain. Tak pun paling senang, tak payah tengok wall aku. Tapi manusia ni kan perangai dia lain macam, lagi tak disuruh buat lagi di buat nya ! Lagi disuruh, takkan buat punya ! Lagi di benci, lagi di tengok2 wall fb nya ! Hahaha. Tapi aku bagi cara paling mudah dan pantas, hide timeline, unfriend, block ! Haa.. Pilih la mana satu ok..

Aku dah penah tengok kes dulu2 orang gaduh pasal status fb ni. Padahal dalam realiti tak penah tegur pun, dalam fantasi internet ni rajin update status, pastu nak dijadikan cerita.. Yang ni terasa ngan status tu, tu balas status ni, lepas tu kebabooom ! Paham2 sendiri lah yee..

Aku pulak bukan jenis mulut+ayat pedas ni sume.. tak pandai lah nak sound2 orang ni.. kte ni kan budak2 lagi. Aku dalam fb suka cite pasal diri aku je. Kadang2 tu ada la gak luahan perasaan. Apa yang aku nampak, dengaa, rasa. Pastu aku ni jenis bangsa yang update benda dah jadi lebih 12jam or lebih lagi. Pasal aku telupa nak update. Contoh la, aku amek gamba kan.. aku dah edit2 sume, aku dah save, ntah esok or lusa baru aku update pasal im not an up-to-date person kot ? Hahaha. Tapi kan, da fb aku.. Suke hati aku ahh nak buat apa sume. Aku pedulik hape.

Entah kenapa sejak akhir2 ni bahang asmara je.. panas je cuaca.. Nasib semalam hujan, Alhamdulillah laa nak tido sejuk sikit.. Ni arini start balik bahang asmara. Redha je lah ngan ketentuan Ilahi.. Ada la hikmah nya tu..

Ehh.. tulis panjang2 lagi....... Marilah kte tido ye semua. Gdnight. Selamat malam. Sweet dreams. Mimpi manis. Sleep tight. Tido ketat ??? Hahaha..

Wassalam.