Friday, March 01, 2024

240301 : Satu Mac Dua Ribu Dua Puluh Empat - Finallyyyyyyyy...

Helloooooooo !!!!!!!!

Hahahahahahahahah !!! Finally........

Setelah sekian lamanya, barulah kita meng-log in-kan kepada account ini...

From 2014 to 2024, it took 10 years my friend, hahahahahahahahah !!!
Started to joined this blogging world at the year 2011, 13 years ago ;)

Punyalah memikirkan account google/gmail apa yang I create ketika I muda remaja dulu kala (sekarang pun masih muda remaja walaupun umur dah meniti ke angka 40-an ;p)
I berterima kasih kepada amalan memakan kismis 7 biji ketika waktu pagi di zaman persekolahan dulu,  nampaknya otak I masih boleh berhubung juga walaupun banyak urat dah putus/shot di sana sini, hahahahahah !

Remembering last time, I suka la bebel kat blog (konon, padahal posted blogs ada berapa je pun, kira pakai jari kaki pun lepas), tapi susah nak betul time tu nak menaip coz during that time kito nyo manjooo haha, takdelah.. During that time I still takde laptop (during my college days), time tu siapa ada laptop masyuk ahh, kita ni jenis buat assignment dekat cybercafe je same goes to blogging.. Masuk CC jahhh..

During 2015 I bought laptop using Aeon Loan (sumpah menyesal gila, laptop 2K tapi bayar jadi 5K coz nak monthly installment, masa tu mana lah ada Atome, Pay Later ni semua, yang ada Credit Card installment je, kita baru 5 tahun kerja time tu, masih belum pakai CC lagi.. Panjang menaip nya pun, padahal nak citer beli laptop kengkonon nak buat office work at home + ber-blogging lahhh, konon nyaaaaaaaa, harapan tinggal harapan, impian jadi kenangan.. 
In the end, laptop just untuk buat kerja + i was driven away by time passed by...

Now, I've achieved my dreams. To own a Macbook. Bought it during my last year birthday. Let's see how I appreciated it..
Of course lah cita-cita tinggikan, kengkonon nak started back to writing (blogging), editing videos, affiliate (TT) 🙄 + buat benda berfaedah lah serta yang mendatangkan duit.. 
I read somewhere, we need to read more & write often to sharpen our brain as we aging.

Ok lah, sampai di sini je lah nak membebel untuk hari ini. 
Masih sangat gembira sebab I dapat ingat password email & blogspot ni. 😁😁😁

240301 - 12.51am - Masih awal untuk tidur ???

Saturday, August 30, 2014

Sightseeing - Indonesia; Pekan Baru (Part 1)

Ok, last week aku travel pegi Indonesia. Dari 22 Ogos sampai la 27 Ogos 2014. Ni 1st time aku travel pegi lua negara naik flight. Ok, cuak sebab Malaysia masih diselubungi tragedi MH370 & MH17. Ye, memang kalau nak mati disebabkan ajal tu kat mana2 pun boleh sebab ketentuan Allah... Tapi perasaan seriau tu tetap ade..
Aku takde pengalaman guna airport KLIA yang lama, so aku tak tau ape perbandingan diorang. Tapi KLIA2 ni nampak tersusun. Cuma nak kena menapak tu lah.. Biase lah, mana2 tempat pun macam tu kot i guess ? Nak cite panjang pasal airport macam budget2 plak ken, padahal baru 1st time travel oversea (Indonesia je pun, bukan seberang laut sana). Hahaha.
Cite die, sampai sana. Airport Pekan Baru takde la macam Malaysia, diorang masih gunakan sistem manual. Beratur-cop kat kaunter-jalan keluar dari airport. Takde ape masalah pun, ikutkan jela peraturan diorang sonce kte ni kat negara orang kan.. Cumaaa.... Tak bekenan betul aku ngan pegawai immigration diorang. Boleh kalau diorang nak tegas dekat check point ni, tapi tau la limits die kan.. Ni tak, satu kejadian yang aku nampak, ade sekumpulan budak2 sekolah naik flight then beratur nak keluar dari check point, nama pun budak2. Biase la kalau begurau senda, main2.. Ada la sorang budak ni terlanggar officer die, boleh die sound budak tu.. "Dilarang bercanda !" ngan muke lorat die. Yang budak tu dah terkulat2. Die sound lagi "mata sih letak dimana" then budak tu berdiri senyap je.. Yelah, ape la patut die cakap kalau dah officer tu cakap macam tu.. Dia pun tau salah die, die tak melawan sepatah pun.. Lepas tu officer tu suruh die pegi beratur dekat yang paling last sekali dalam barisan... Aku macam..... ek elehhhhhhhhhhhhhh. Budget nak tunjuk kuasa depan budak ke ape ni ???
Pasal aku sakit hati die buat kat budak tu macam tu, kebetulan die jalan ke arah sebelah barisan aku.. Aku pun tegur adik ipar aku..
Aku : Shiraaa.. kat sini memang macam ni cara nak keluar airport kan..
Shira : aah kak.. kena beratur, cop then baru keluar dari airport..
Aku : ouhhhh. Bukan macam Malaysia ehh ? Just lalu kat gate, scan passport then jalan keluar tu. Ouhhh.. tak sama macam Malaysia kan sini.
*Sengaja cakap kuat2 bagi die dengar.. Dah lorat sangat kan. Actually bukan aku tanya shira, tapi sengaja buat2 nak borak sambil sound orang. Hahaha, ramai orang boleh la buat camni. Kalau aku sensorang memang tak lah jawab die !
Dari airport nak sampai rumah dalam masa 10 minit je.. Memang dekat sangat.. So paham2 je lah, bunyi pesawat lalu lalang tu umpama bunyi motor mat rempit duk ramp2 (macam ni ke ejaan die, ah lantak lah.. Asal kan ade bunyi yang sama dari ejaan tu) kat KL time malam minggu.. Yang anak2 orang Malaysia ni setiap kali dengar bunyi pesawat tu, berlari2 keluar rumah nak tengok.. Bagus la nak oiii, amek berkat time tengok pesawat tu lalu atas rumah.. Kot2 nanti dah besar dapat jadi macam "Pilot-Zill Faezrul Iqbal; Rindu Awak 200%"
Macam tu la penangan drama die kali ni, terbawa2 sampai ke Indonesia ! Kahkahkahkah !  😊
Basically hari pertama sampai takde buat ape pun.. Sebab majlisnya hari sabtu ngan ahadnya.. Lagipun masing2 jetlag (jetlag la sangat, padahal perjalanan 45 minit je pun).. Perbezaan masa antara Malaysia dengan Indonesia 1jam.. So bile korang sampai,  masa tu ke belakang plak. Ajaib nya kuasa Allah kan.. 😊
Perkahwinan adat minang, meriah dia bukan selambak tapi berlambak2 ! Meh tengok sikit meriah diorang tu.
Nampak tak yang sepanduk tu.. Sepanduk yang wish selamat pengantin baru tu bukan besar 1 manilacard tu tau, tapi 20x manilacard la kalau tak silap. Sangat2 besar dan bersamaan Rupiah 100,000 = RM 30.00.. Murah sangat dah ouhhh !

Thursday, August 21, 2014

#braces treatment : Appliance

Ok.. memang dah lama gile aku pakai braces, dari April 2010 sampai la sekarang ni. Dah berapa ratus kali orang tanya aku bila nak bukak, bila nak bukak. Ye, ye aku pun memang tak saba nak bukak braces ni pun wahai sekalian..

Masalah nye sekarang, satu bulan brackets aku tercabut lebih dari 3. So treatment tu become slower. My teeth are so small, when i do biting while eating, it comes out since it being force by my teeth. Eceh speaking plek. Tu la masalah dia.. Belum cite lagi skip appointment, dr not available, bla bla blahhh.

Ni lagi satu masalah sekarang, my wisdom tooth aka gigi bongsu den ni haa yang belah bawah tak keluar2 lagi. Die dok kua sikit2 je. Die baru nak tunjukkan 'gigi' dari celah kulit..  Yang belah atas plak sebelah dah keluar sikit tapi belum nak menumbuh keluar, yang sebelah masih tak keluar2. Stress hokeh nak tunggu gigi2 sekalian. Sukeati korang la nak keluar tak nak keluar. Nak keluar lambat ke cepat.

Ni sekarang Dr suruh aku pakai appliance (im not really sure bout this thing name) ni, biase orang pakai time dah nak habis treatments,  time semua besi dah bukak. Benda ni kena pakai kurang2 8jam. Biase orang pakai time tido je. Tapi aku special case, belum habis treatment lagi. Baru awal2 treatments dah kena pakai since bracket tercabut, spaces takde perubahan, selalu malas jumpa Dr untuk appointment... ehh ?

Benda ni Dr da bagi dari last month. Tapi baru nak pakai semalam since appointment 26 ke 27 August ntah. Hah ko, kelam kabut baru nak pakai bile nak jumpe Dr.....

Bila pakai benda ni tak selesa nak makan. Nak minum. Nak bercakap. Nak segala2 nya lah ! Sampai akak office cakap, "ehh kau tak yah cakap lah.".. Gituu.

Dah, cakap banyak tak guna. Meh aku tepek gambar benda alah tuuu..

Sunday, July 27, 2014

Movie: The Fault In Our Stars..

Arini tengok wayang. Tengok cite yang bagi aku 'membuatkan aku terfikir'..

It starts with one sick boy fall in love with one girl who have literally chance to survive throughout cancer. But one of them die eventually in the end.
*serius sadis*nangis*.

Aku tak pandai nak buat sinopsis cerita ni, korang pegi la tengok sendiri movie ni tak pun pegi google.

Aku just nak cakap, normally orang yang boleh hidup dengan baik ni walapun serba kurang sana sini takkan pernah hargai peluang untuk hidup yang diorang ada. Bila dah takde baru hargai. Selalu nya macam tu, dengan alasan 'nama pun manusia'..

Lepas tengok cite ni, baru la rasa dapat pengajaran sikit. At least it thoughts me something. Aku belajar dari situ..

Try test menulis blog ni via Samsung Mobile.
Dah lama tak membebel2.

Tuesday, October 01, 2013

Facebook Status

Status kat fb tak menggambarkan situasi yang sama setiap masa. Eg :doesnt mean your posting regarding angry matter and it shows you in angry mood.It could be yesterday matters or previous. But it also could be on that time. It depends how the readers treat it.

Acehhh. Ter-speakang la plak. Asal boleh, belasah je. Ni kalau teacher aku baca balik apa yang aku tulis, tak dia pengsan or menangis tesedu2 tak pun baca sambil teguling2 sebab terharu sangat ngan gaya penulisan bahasa inggeris aku.. wakakaka.. Maklumlah aku sekolah kerajaan je.. Bukan dak2 CBN (Convent Bukit Nenas), SBU (Sri Bintang Utara) and etc.

Sekarang ni dah macam trend, asal marah update status, asal gaduh update status, sedih, nak maki orang, dan bermacam segala lah. Sekarang aku tak peduli pasal orang, aku nak cerita pasal aku jek. Pasal aku tak minat nak cite2 pasal orang, mungkin kerana cerita aku lebih best daripada diorang semua ??? Hahaha.. Gila feeling sensorang aku nih.

Nak cite pasal status aku kat fb. Ia selalu takde kena mengena ngan orang, tapi kalau ada kena mengena tu, mesti korang dah buat something lah kat aku kan. Pasal aku ni jenis tak suka nak buang masa dan perkataan untuk orang lain selain diri aku. If you being touched by my words then I cant help you. Yelah.. Dah kau terasa ngan aku, sebab tengok status fb aku, pastu kau nak suruh aku mintak maaf ? Dah apa ke benda nya tu ? Senang cite kau anggap je kah status tu untuk orang lain. Tak pun paling senang, tak payah tengok wall aku. Tapi manusia ni kan perangai dia lain macam, lagi tak disuruh buat lagi di buat nya ! Lagi disuruh, takkan buat punya ! Lagi di benci, lagi di tengok2 wall fb nya ! Hahaha. Tapi aku bagi cara paling mudah dan pantas, hide timeline, unfriend, block ! Haa.. Pilih la mana satu ok..

Aku dah penah tengok kes dulu2 orang gaduh pasal status fb ni. Padahal dalam realiti tak penah tegur pun, dalam fantasi internet ni rajin update status, pastu nak dijadikan cerita.. Yang ni terasa ngan status tu, tu balas status ni, lepas tu kebabooom ! Paham2 sendiri lah yee..

Aku pulak bukan jenis mulut+ayat pedas ni sume.. tak pandai lah nak sound2 orang ni.. kte ni kan budak2 lagi. Aku dalam fb suka cite pasal diri aku je. Kadang2 tu ada la gak luahan perasaan. Apa yang aku nampak, dengaa, rasa. Pastu aku ni jenis bangsa yang update benda dah jadi lebih 12jam or lebih lagi. Pasal aku telupa nak update. Contoh la, aku amek gamba kan.. aku dah edit2 sume, aku dah save, ntah esok or lusa baru aku update pasal im not an up-to-date person kot ? Hahaha. Tapi kan, da fb aku.. Suke hati aku ahh nak buat apa sume. Aku pedulik hape.

Entah kenapa sejak akhir2 ni bahang asmara je.. panas je cuaca.. Nasib semalam hujan, Alhamdulillah laa nak tido sejuk sikit.. Ni arini start balik bahang asmara. Redha je lah ngan ketentuan Ilahi.. Ada la hikmah nya tu..

Ehh.. tulis panjang2 lagi....... Marilah kte tido ye semua. Gdnight. Selamat malam. Sweet dreams. Mimpi manis. Sleep tight. Tido ketat ??? Hahaha..

Wassalam.

Monday, September 30, 2013

Semalam Punya Cite.

Semalam kan hujung minggu, tapi kete aku ni macam tau2 je nak pilih timing untuk rosak.. Malam minggu jugak dia nak tunjuk mogok. Dah patah kaki, nasib la ada kenderaan awam.. So semalam kua naik train, sekali sekala gunakan kemudahan awam, takde masalah untuk aku.. Feeling2 time study dulu,  train lah pilihan utama, murah dan paling penting,  cepat !

So melepak kat karaoke ampang tu.. Sore kte tak sedap, kte dengaa sore orang nyanyi pun dah cukup, ;)

Cite yang aku nak cite kat sini, kira point utama ialah apabila aku pegi tandas nak buat apa yang patut. Tengah2 aku dalam tandas tu, tibe2 aku dengaa sore orang menjerit "wehhh, kau berak ehh !". Dah tentu2 sore yang aku dengaa tu pompuan pasal aku masuk toilet pompuan je dalam seumur hidup aku ni. Toilet cacat cuma akan dimasuki aku bila urgent sangat dah !

Dah la pompuan, buat perangai takde adab ! Dah tentu2 orang masuk toilet untuk buang apa yang patut, tak usah lah nak di tanya sambik menjerit. Ye, memang ada yang masuk toilet sebab nak tengok cermin je. Tapi tu tak bemaksud kau boleh menjerit hura-hara suka hati kau kat orang.

Cukup tak berkenan aku kalau orang ni takde perangai adab ngan sopan santun ni.. Bia kte ni tak blaja tinggi, bukan katagori orang kaya (orang ada2), tapi tu sume bukan alasan untuk jadi kurang ajar, kurang adab, kurang sopan, kurang santun okeh !

Wassalammunalaik.

Saturday, September 28, 2013

Gambar Keji.

Sedang2 di kolam mancing ni, boleh la aku meng-update blog aku ni ha.. Sejak2 dapat handle ke-tension-an type pakai touch screen ni kan..

Kekejian gamba aku teserlah setelah 10 tahun++ !  Memang tak penah tefikir akan ada orang update picture yang ada muka aku.. Cukup stress tengok muka aku sendiri ! Lagikan orang lain kan ?

Dulu aku mana suka amek2 pic bagai ni, maklumlah.. zaman2 tu mana ada camera 360, perfect 365.. Dah kalau kulit tu kelam, maka gelap lah jugak di masa hadapan. Kalau muka tu bertompok sana sini, pun bertompok2lah bila orang nengoknya. Sejak2 ada application ni sume, yang jawa dah boleh nampak2 kan diri tu macam iras2 chinese..yang kelam jadi bercahaya.. So, berterima kasih lah kat applications ni sume.. Ehh ? Boleh macam tu plak kan.

Dah macam lagu tegar, aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Dulu, dulu, dulu ku comot, Sekarang getting better !

Kte budak2 biasa je pun.. Takde sape nampak, takde sape amek tau.. kte bukan budak2 hot, lagikan nak join/lepak ngan budak2 hot.. Elak2 kena reject kang bila datang dekat. Kte tak active sport pun.. Setakat nak main bola jaring tapi tak terpilih adelah, hahaha.. Kesudahan dia dapat ikut pegi match dengan tolong bawak air dan barang2 yang bekenaan.. Yang star time training takde pun, nampak pun time real match..
Dengan situasi semua di atas, maka makin tenggelamlah aku..

Kan time dulu2 famous title2 'angkat' ni sume, agak2 yang muka cute miut tu sume kena sapu dulu lah.. Baik laki or pompuan.. Ingat lagi bestfriend aku dari kecik, sampai abang darjah 6 tekejar2 datang just untuk salam. Aku ulang, UNTUK BERSALAMAN. Betapa di gilainya ketika itu.. Wahhh... Kte yang takde orang kejar2 ni duduk kat kerusi sendiri buat hal sendiri jekkk.

Konon2 buat hal sendiri tu study lah.. acehhh... padahal belaja takdelah pandai mana pun.. UPSR ada 5 subjek, dapat 2A je pun aku.. Tapi kalau aku comel dan digilai ramai mesti result aku lagi naik mendadak kan ? Wakaka, puiii. Dah tak genius tu buat cara tak genius jugak kan.. Tu time amek result mak aku membebel dari amek result sampai malam nak tido.. Katanya orang lain lagi banyak A dari aku.. Aleh2 orang yang banyak A dari aku tu still sambung study form6, dan Alhamdulillah aku plak dah bekeje.. Rezeki setiap orang tak sama.. Tak semestinya yang AAAAAAAAAA banyak tu gemilang dan terbilang masa depan dia kan.. Tapi yang mestinya, masa depan dia cerah lah.. Dah, aku tak nak komen banyak pasal orang.. Aku tak suka becakap pasal orang ni, tak minat. Kalau cakap pasal aku, aku minat.

Dah sampai hujung2 blog ni rasa berat jeeeee.... Yelahhhhh, da kena update pic aku tu kan.. Walau macam mana pun kena update gak pasai pic tu the very important of the topic !

Dengan ini aku pasrah, dengan segalanya~ Kepedihan ini~... Hahahaha, berlagu bagai !

 Nacehhh... Siap edit kan past ngan present punya pic.. Kalau dah comot tu comot jugak !

Yang tukang upload tudung biru tu.. Siap cakap lagi ada upload the series lepas nih ! Mentang2 dia tokey, dia punya camera kan. Ingat tak aku cakap pasal salam2 tadi tu , dia lah yang dikejar dan dimaksudkan oleh aku..

Sekian, wassalam.